Followers

About Me

My photo
Melaka, Melaka Tengah, Malaysia
Assalamulaikum kepada pembaca blog sy ini..nama ku di beri cukup dengan makna yang tersirat dan di lahirkan di Pontian, Johor tapi skrg menetap di Melaka... allhamdullilah telah pun tamat belajar dan kini sy telah menyambung pengajian sy yg seterusnya & insyallah selagi kudrat masih lagi akan ku teruskan perjuangan menunutut ilmu selagi sy masih bernafas di muka bumi Allah ini...prinsip sy selagi sy di beri kesempatan dng kudrat yg sy ada, perjuagan tidak akan selesai..sy akan cube mencari ilmu yg ada kat dunia ini yg belom sy terokai..gagal sekali tidak bermakna gagal tuk selamanya..yg penting tidak kenal erti putus asa

Friday, February 12, 2010

Dosa-dosa Yang Perlu Di renungkan


Apa yang pasti masalah sosial sehingga sekarang masih menjadi isu dan menjadi merebak seperti virus.Namun apa yang kita boleh lihat remaja2 kita terleka dengan arus duniawi yang penuh dengan kepalsuan.Masalah pembuangan bayi yang tidak berdosa sentiasa berada di dada akhbar tapi tiada jalan penyelesaian sehingga sekarang pokok pangkal iman diri masing-masing perlu di kawal.Kalo tidak di kawal pasti kita akan terhanyut begitu sahaja ape dengan debu2 dosa dan kdg2 kita akan rasa diri kita begitu hina di sisi Allah.Kita tidak sedar sejauh manakah ibadat kita kepda Allah, adakah cukup untuk di bawa bekalan di akhirat.

Umat Islam kita pada hari ini, begitu taksub mengejar duniawi sehingga tidak sedar bahawa kita hanya hidup sementara dan akan kembali kepadaNya.Gejala isu pergaulan bebas antare lelaki dan perempuan bukan perkara asing lagi buat kita.Apa yang penting kita perlu merenung setiap dosa-dosa yang telah kita buat.Namun begitu, kita tidak boleh menyalahkan seratus peratus kepada ibu bapa tetapi kdg2 banyak pengaruh lain yang menyebabkan masalah ini masih berleluasa.Cinta selalunya bukannya indah lebih2 lagi cinta terhadap manusia di mana dipenuhi dengan penipuan dan kepalsuan.

Perasaan hati dan perasaan menjadi lumrah seorang yang ingin di sayangi dan di kasih namun kita kdg2 bila taksub dengan cinta kita lupa tanggungjawab kita terhadap Allah.Kita seharusnya tahu kepada Allah tempat kita bergantung untuk meluahkan segala masalah yang kita hadapi.

Luahan Hatiku


Assalamualikum sume...dah lame aku tak update blog ni.Almaklum bila dah sem 6 ni bz sgt byk keje nak wat sampai tak de masa nak update balik blog ni.Sempena pada tahun baru ni banyak perkara yang perlu aku ubah dalam diri kdg2 sampai aku tak tahu ape yang perlu aku wat untuk aku tebus dosa2 yang telah aku buat.Aku yakin Allah Maha Pengampun bagi hamba2 yang betol2 mahu bertaubat kepadaNya.Entah ar kdg2 aku leka juga kerana terlampau mengejar duniawi tanpa aku tidak sedar bahawa aku hidup dunia ni hanya sementara saja bukan selamanya.Aku tak dapat nak bayangkan apa akan terjadi bila aku di padang masyar.Subahanallah, aku takut tuk menghadapinya tapi aku insan yang lemah memerlukan tunjuk ajar dan mempertingkatkan iman yang makin runtuh dan sentiasa perlu di update selalu.Ya Allah kenapa begitu banyak dugaan di dunia ni yang perlu aku hadapi ngan pelbagai cabaran.Aku kdg2 tidak kuat untuk menghadapi sumenya.Aku hilang punca dan arah di mana hala tuju destinasi yang perlu aku tuju tapi bukan jalan yang penuh kesesatan.Aku buntu....aku berharap aku mampu menghadapi hari-hari yang akn datang.....amin

Rintihanku

Jauh Perjalanan
Telahku Jelajahi
Membawa Seribu Impian
Berbekal Pengalaman
Mampukah Aku Melangkah
Menuju Satu Daerah
Masihkah Ada
Sinar Yang Menanti

Masa Dijanji Pasti Tiba
Ku Kan Dijemput Ke Sana
Bimbang Langkah Ku Terhenti
Ku Terpaut Dipersimpangan
Tak Inginku Mengngati
Detik Hitam Semalam
Tinggallah Semua
Jadi Kenangan

Keranamu Kan Ku Gagahi
Untuk Terus Sisa Hidup Ini
Biar Ku Tebus Segala Dosa
Selagi Jasad Bernyawa

Leraikanlah Rasa Hatiku
Padaku Hanya Engkau Yg Satu
Belum Pernah Ku Terasa
Hebatnya Cintamu

Sungguh Kau Lebih Mengerti
Apa Tersirat Di Dalam Diri
Ku Mohon Rasa Kasih Yang Abadi

Jujur Ikhlaskah Hati Ini
Menyintai Mu Sepenuh Hati
Ataukah Sekadar Bila Diuji
Rahmat Dan Kasihmu Tiada Sempadan
Biarpun Jiwa Dalam Kelalaian
Dihasut Dengan Pelbagai Godaan