Followers

About Me

My photo
Melaka, Melaka Tengah, Malaysia
Assalamulaikum kepada pembaca blog sy ini..nama ku di beri cukup dengan makna yang tersirat dan di lahirkan di Pontian, Johor tapi skrg menetap di Melaka... allhamdullilah telah pun tamat belajar dan kini sy telah menyambung pengajian sy yg seterusnya & insyallah selagi kudrat masih lagi akan ku teruskan perjuangan menunutut ilmu selagi sy masih bernafas di muka bumi Allah ini...prinsip sy selagi sy di beri kesempatan dng kudrat yg sy ada, perjuagan tidak akan selesai..sy akan cube mencari ilmu yg ada kat dunia ini yg belom sy terokai..gagal sekali tidak bermakna gagal tuk selamanya..yg penting tidak kenal erti putus asa

Saturday, April 2, 2011

Formula Kebahagiaan

Firman Allah swt dalam surah al-Ra’d ayat 28: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”.

Dalam ayat ini, Allah swt menegaskan hati itu menjadi tenang dan tenteram apabila bersandar kepada Allah swt, mengingati Allah swt dan redha menjadikan Allah swt sebagai pelindung dan penolong. Iman merupakan faktor utama yang memberikan kebahagiaan dan ketenangan kepada jiwa manusia (al-Mukminun 23: 1).

Tanpa keimanan seseorang itu tidak mungkin mencapai dan bertemu dengan kebahagiaan yang sebenar dan hakiki (Yunus 10: 17). Ketenteraman, kedamaian, kepuasan dan ketenangan jiwa hanya dirasai oleh orang-orang yang beriman, yang menyerahkan seluruh kehidupan, jiwa dan raganya kepada Allah swt.

Mereka inilah yang layak mendapat sakinah dalam kehidupan mereka sebagaimana yang dijanjikan Allah swt kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman (al-Fath 48: 26). Jaminan kebahagiaan dan ketenteraman hidup terhadap orang-orang yang beriman berterusan selagi mana mereka tidak menodai iman mereka dengan kezaliman, khianat dan maksiat (al-An’am 6: 82).

Kenikmatan ruhi dikecapi oleh orang yang beriman melalui sifat tenang dan kegembiraan hatinya daripada segala sifat keluh-kesah dan penderitaan. Ini bukan bermakna, orang beriman tidak diuji oleh Allah swt dengan kesusahan, kepayahan, masalah rumah tangga, kehilangan harta benda dan nyawa, kemewahan dan keselesaan hidup dan sebagainya.

Namun orang-orang yang beriman melihat masalah dan problematika kehidupan itu bersifat sementara dan menyedari bahawa ia adalah ujian Allah swt ke atas mereka agar mereka lebih beriman dan berserah diri kepadaNya.

Sebab itulah Rasulullah saw begitu mengkagumi sifat-sifat orang-orang yang beriman apabila mereka ditimpa kesusahan mereka bersabar, tetapi apabila mereka diberi nikmat mereka bersyukur. Sifat sabar dan syukur ini hanya ada pada orang yang beriman.

Ketenangan jiwa adalah formula hidup bahagia. Iman adalah mutiara kebahagiaan yang dirasakan sebagai nikmat yang paling agung dalam kehidupan seorang muslim. Kebahagiaan seorang muslim ialah apabila dia berjaya menjadikan iman dan takwanya berada dalam kedua-dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat (Yunus 10: 62-64).

Jiwa yang beriman akan membina keluarga yang beriman seterusnya masyarakat yang beriman. Kesejahteraan negara hanya mungkin dapat dilaksanakan sekiranya kita berjaya membina masyarakat yang sejahtera dengan prinsip-prinsip keimanan yang jelas dan padu (al-A’raf 7: 96).

Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita ISMA
Blog: The Sweetness of a Partnership

Usaha membetul diri

Terdapat tiga asas akhlaq yang akan dapat memberi kepada manusia satu kekuatan bagi menghadapi sikap negatif di dalam diri seperti malas dan berterusan melaku kesilapan, juga kita kenalah ingat bahawa ketiga-tiga asas ini saling memberi kekuatan disiplin yang dapat membentuk akhlaq mulia manusia.

المشارطة

Musyarathah: Kamu meletakkan janji atau syarat yang tertentu di antara kamu dengan diri kamu atau kamu dengan Allah s.w.t. Seperti jika saya tidak sembahyang subuh berjamaah di masjid saya akan menderma lima ringgit bagi setiap kali solat subuh.

المراقبة

Muraqabah: Kamu memantau dan menyemak pada diri kamu sendiri dan kamu akan menemui kecacatan, kekurangan dan ketempangan, seperti kamu dapat menghitung hari-hari yang telah kamu lambat menunai solat fardhu atau kamu solat bersendirian, tidak berjamaah atau kamu solat subuh qada.

المحاسبة

Muhasabah: Kamu berusaha membetulkan dan benar-benar melaksanakan perkara yang kamu telah tentukan kepada diri kamu di dalam musyaratah.

Demikian juga bagi seorang hamba yang beriman, sepatutnya ia sentiasa memuhasabah dirinya, menyemak tahap iltizamnya dengan agamanya sendiri, menilai dan menimbang amal-amalnya dan membetulkan di mana ada kekurangan dan kelompangan.

Tentulah tidak terjadinya pembetulan kepada manusia kecuali dengan adanya kertas kerja yang memuatkan objektifnya, sasarannya dan agendanya yang teratur, bagi ilmuan masa kini dikenali sebagai perancangan, bagi ilmuan terdahulu disebut sebagai al-Musyaratah.

Imam Ghazali Yang Dirahmati Allah s.w.t ada menyebut mengenai perkara ini: “Akal manusia memerlukan musyaratah diri terlebih dahulu, kemudian ia sentiasa menepati ketetapan yang telah digariskan, diletakkan syarat-syarat, membimbingnya kepada jalan kejayaan dan menjadikan ia lebih kuat pegangan di dalam melalui jalan itu”.

Ustaz Mahyudin bin Ismail
Ketua Biro Kebajikan
ISMA Johor

Sumber: Blog ISMA Johor

" MELAYU SEPAKAT , ISLAM BERDAULAT"

Mesyuarat AGM ke 12 (28 /3/2011)

Tema yang cukup menarik, perjuangan untuk menuju ke arah memperkasakan dakwah ke atas orang-orang Melayu, kesederan telah membuka mata ana bahawa betapa penting dakwah kepada masyarakat, moge perjuangan yang ingin di capai mencapai matlamat...INSAYALLAH.....

Adakah aku layak ?

Pada tarikh 1 & 2 April tarikh di mana dua pgrom telah di jalankan iaitu :
Program MABIT di Majsid area Bangi (1 April)
- Tadarus Al-Quran bersama rakan2 AKHWAT
- Motivasi diri : Menghayati surah AL-MULK
- Solat sunat berjemaah bersama AKHWAT
- Sesi baca Mathurat & tazkirah

Program "Persediaan Menuju ke Gerbang Perkahwinan"
- Pengisian yg cukup menarik
- Memberi tips mencari pasangan yg baik
- Adakah ana sudah bersedia tuk melangkah ke alam BAITULMUSLIM ?
- Adakah ana layak utk IKHWAN?
- " PILIHAN YANG BAIK, RUMAHTANGGA SEJAHTERA, DAKWAH TERPELIHARA"

Terima kasih ana ucapkan kpd sahabat ana yg banyak membantu ana mengenali perjalanan dakwah ini....moge persahabatan kita di redahi ALLAH..& juga naqibah yg byk memandu ana ke arah yang benar....ADAKAH AKU LAYAK ?

Thursday, March 10, 2011

Kongsian Bersama


Hurmm...aku di tugaskan utk menyiapkan satu assgment yang bertajuk " Isu rasuah mencabar prinsip accountability ".....tajuk yang menarik....tp tidak ku tahu nak kupas ape di sebalik rasuah ini...bese le isu rasuah kat mana2 ada...pantang dpt duet pakai sapu je janji keje dpt berjalan dengan lancar..namun dr segi ISLAM mmg tak di galakan aktiviti rasuah ini kerana makan hasil kerja yang tidak berkat....Waktu kuliyah td lecturer aku ade kongsi maklumat yg dia dpt dr artikel....berdasarkan maklumat yg dia bg tahu, kat negara INDIA n China mereka menganggap rasuah ni satu hadiah malah di anggap sebagai tanda terima kasih...mmg sgt berbeza pandangan dr negara-negara luar berkaitan isu rasuah ini....apa yg penting nak melaksanakan sesuatu keje tu biarlah mengikut prosedur yg telah di tetapkan bukan lah mengunakan kesempatan utk gune rasuah.....so kesimpulannya amanah lah dalam melaksanakan kerja bukannya menipu...hasilnya kita tak dpt ape2 pun.....renung2 kan...!!!..;)

Thursday, February 24, 2011

Perangai Manusia

Kdg kala pelik ngan sikap keegoaan manusia menghantui diri....
ckp hanya sebarang ckp....
ckp hanya sekadar emosi tnpa berfikir...
mulut bisa santan binasa...
siapa ??? KAU ?? AKU ??

Tuesday, February 22, 2011

Terfikir Sejenak


Ape di sebalik cerita seorang pak cik yg mengayuh basikal
tibe2 berasnya jatuh & mengutip beras tersebut
bertapa sayu hati ini
walapun beras tersebut sudah jatuh
namun pak cik tersebut bersungguh2 mengutip balik beras tersebut...
YA ALLAH apekah petunjuk yg kau ingin berikan...
knp aku asik terfikir di sebalik kisah ini....?
YA ALLAH adakah aku ni layak utk memasuki syurgamu...?
YA ALLAH siapa diri aku yg sbnrnya...siapa aku ?