Followers

About Me

My photo
Melaka, Melaka Tengah, Malaysia
Assalamulaikum kepada pembaca blog sy ini..nama ku di beri cukup dengan makna yang tersirat dan di lahirkan di Pontian, Johor tapi skrg menetap di Melaka... allhamdullilah telah pun tamat belajar dan kini sy telah menyambung pengajian sy yg seterusnya & insyallah selagi kudrat masih lagi akan ku teruskan perjuangan menunutut ilmu selagi sy masih bernafas di muka bumi Allah ini...prinsip sy selagi sy di beri kesempatan dng kudrat yg sy ada, perjuagan tidak akan selesai..sy akan cube mencari ilmu yg ada kat dunia ini yg belom sy terokai..gagal sekali tidak bermakna gagal tuk selamanya..yg penting tidak kenal erti putus asa

Tuesday, November 30, 2010

Nafsu Pemusnah Manusia


Dunia pada hari ini penuh dgn dugaan dan cabaran umat ISLAM kita berkaitan masalah sosial yang boleh kita di lihat sering terpapar di dada akhbar, media cetak & elektronik .Masalah ini bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita malah sudah menjadi satu trend pada mse kini.Namun, masalah ini masih berulang lagi akibat tindakan hawa nafsu dalam diri dan manusia kita pada hari masih tidak sedar bahawa dunia ni hanya sementara sahaja bukanlah akan kekal wat selamanya.Berdasarkan pembaca yang telah sy wat, ingin sy kongsi serba sikit ilmu yang telah sy perolehi dr Majalah Solusi berkaitan NAFSU PEMUSNAH MANUSIA.Apa yang dpt sy perhatikan, nafsu lah punca utama kita bertindak di luar kawalan sehingga kita tidak sedar bahawa nafsu sekiranya tidak di didik akan menyebabkan kita terus hanyut dengan pelbagai masalah yang melibatkan iman kita.APA ITU NAFSU ? nafsu sebenarnya melibatkan kekuatan atau keinginan dalam diri manusia.Nafsu ini akan timbulnya sifat2 mazmumah seperti hasah dengki, pemarah, takbur, cintakan dunia dan lain2.Imam Ghazali mengumapakan nafsu sebagai kuda yang liar.Jika tidak di didik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya.Sebaliknya, jika kita berjaya menjinakkan kuda tersebut dengan mudah kuda tersebut mudah di tunggang.Pendapat Imam Ghazali ini ade baiknya kerana nafsu ini perlu di kawal dan seharusnya bijak dalam mengatasi hawa nafsu dalam diri kita.


Berdasarkan pembacaan sy, nafsu dapat di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu :


1. NAFSU AMMARAH


Maksudnya mengajak kepada kejahatan.Tahap nafsu ini merupakan yang paling jahat dan hina serta tidak berusaha untuk melawanya.Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan bangga dengan perbuatan yang di lakukannya dan mengajak manusia untuk melakukaknya.Nafsu jenis ini benci kepada perkara makruf dan akan berusaha menyekatnya dalam masa yang sama meyuburkan kemungkaran.Firman ALLAH bermaksud "Aku bersumpah demi kiamat.Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesal (dirinya sendiri) (Surah al-Qiyamah 75 : 1-2)



2. NAFSU LAWWAMAH


Nafsu ini meyedarkan manusia atas perbuatan jahat yang telah di lakukan serta menyesal kebaikan yang tidak di lakukan.Kandangkala manusia lalai juga drp melakukan kesilapan menurut hawa nafsu, kemudian bertaubat.Qurrah bin Khalid berkata drp al-Hassan al-Basri mengenai ayat ini "Sesungguhnya orang Mukmin demi ALLAH, kami tidak melihatnya melainkan mencela dirinya sendiri.Yang aku maksudkan dengan kalimatku ini adalah sama seperti apa yang aku maksudkan dgn makanku dan apa yang aku maksudkan dengan introspeksi diri.Dan sesungguhnya orang jahat akan berjalan tanpa mencela dirinya sendiri" (Tafsir Ibn Khathir).ALLAH berfirman yang bermasud "Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu meyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh TUHAN.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Yusuf 12:53)



3. NAFSU MUTMA'INNAH


Nafsu yang dapat mengawal diri daripada melakukan kemugkaran dan berusaha melakukan suruhan ALLAH dan meninggalkan larangaNYA, menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemaksiatan.Sentiasa dekatkan diri kepada ALLAH dan redha segala ujian yang di uji oleh ALLAH. Firman ALLAH , "Hai jiwa yang tenang ! Kembalilah kepada TuhanMU dengan hati yang puas lagi di redhai olehNYA.Maka masuklah ke dalam jaamah hamba-hambaku.Masuklah ke dalam syurgaKU" (Surah al-Fajr 89:27-30)



Berdasarkan kategori nafsu di atas, mungkin kita tergolong dalam salah satu nafsu tersebut.Oleh itu sama2 lah kita meningkatkan alaman ibadat kita dengan mendekati ALLAH.Semoga segala amalan ibadat yang telah kita lakukan di terima oleh ALLAH .insyALLAH.....


Monday, November 29, 2010

Hadis Utk Di kongsi


" Daripada Abu Said al-Khudri, ia berkata kepada Rasullulah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Tidaklah perbantahan salah seorang daripada kalian tentang kebenaran yang menjadi haknya di dunia ini lebih keras perbantahannya daripada kaum Mukmin kepada Tuhan mereka tentang saudara2 mereka yang di masukkan dalam neraka. Mereka mengatakan, "Wahai Tuhan kami, saudara-saudara kami dahulu bersolat bersama kami, puasa bersama kami dan mengerjakan haji bersama kami.Tetapi Engkau telah memasukkan mereka ke dalam neraka."


"Allah berfirman, 'Pergilah dan keluarkan sesiapa kalian kenal daripada mereka'.Kemudian mereka mendatangi saudaranya dan mengenali wajah2 mereka.Di antara mereka, ada yang telah terbakar hingga separuh betisnya ada pula terbakar hingga kedua-dua lututnya.Mereka pun mengeluarkannya lalu berkata 'Wahai Tuhan kami, kami telah mengeluarkan siapa yang Engkau perintahkan kepada kami."


"Allah berfirman, "Keluarkan lah sesiapa yang dalam hatinya terdapat iman walau seberat satu dinar. 'Kemudian Allah berfirman lagi : siapa yang dalam hatinya terdapat iman seberat setengah dinar ? 'Hingga firmannya : Siapa yang dalam hatinya terdapat seberat zarah (keimanan)."


(Riwayat al-Nasa'i dan Ibn Majah)

Sunday, November 14, 2010

Satu cinta




Ku mohon sujud kepadaMU.....
Ampunkanlah segala dosaku dlm diri....
Pendirianku.....keimananku...
Engkaulah satu cinta yg ku cari....
Demi cintaku kepadaMU...
Walau seribu rintangan....
Ku teguhkan hatiku....


Hanya padaMU aku pasrah....
Selamatkanlah hambamu ini....
Dari segala dunia fatamorgana....
Jauhkan diriku dari hidup yang sia-sia.....
CintaMU yg lebih hakiki dari segalanya......




Saturday, November 13, 2010

Diriku Sebagai Pelajar Baru


Maap ana ucapkan di sebabkan sudah lama tidak updates blog.Kesempatan yg ada sempena cuti semester ini, ana ingin berkongsi sepanjang bergelar student baru. Allhamdullilah akhirnya doa ana termakbul dpt juga meneruskan perjalanan utk menyambung pengajian di IPTA yg menjd impian ana selama ni.Walaupun tidak dapat menyambung di bidang yang di inginkan namun, ana tabahkan hati utk meneruskan bidang yg bukan menjd damba hati ana....Begitu byk dugaan demi dugaan yg ana hadapi tetapi tetap di teruskan..dengan perasaan tertekan sehingga penah terfikir di minda utk berhenti bljr di sbbkan aliran yg tidak di minati..."SAINS POLITIK"...bila orang bertnya course ape yg ana ambek ? pasti jwpan mereka seperti orang terkejot...pelbagai persepsi orang bila mereka mengetahui ana ambek aliran ini....ana mmg tak berminat langsung ingin mengetahui pasal politik....bg ana politik tu tak begitu penting tuk di ketahui..tetapi di sebaliknya ade perkara yg perlu ana ambek tahu...mungkin ALLAH telah tetapkan bidang ni merupakan bidang yang sesuai tuk ana tp jiwa belom meminatinya....perasaan windu ingin pelajari bidang "LAW" masih terbayang2 dalam diri....namun perjalanan tuk menamatkan pengajian seharusnya di gagahkan jua tuk bertahan.....ape yg berlaku pasti ade hikmahnya...kini tidak ku sangke akhirnya tamat jua semester yg pertama...ade lagi 5 semester yg perlu ana abeskan...kesusahan yg ana hadapi telah mengajar erti kepayahan n kesabaran dalam menuntut ilmu.....seiring dengan pelajaran usaha ke arah tarbiyah kan diri tetap ada dalam diri....tidak semestinya bidang agama itu tuk orang aliran agama shj yg kne tahu tetapi kita yg bukan dr aliran bidang agama seharusnya perlu tahu APA ITU ISLAM ? dgn lebih mendalam kerana kita telah di lahirkan dalam kalangan orang ISLAM....sesungguhnya peluang ini harus di kejar sekali kita bernafas dalam diri....Semoga ana berjaya dalam mengharungi dugaan yg akan dtg dan sabar dengan ujian yg di hadapi....ALLAH sentiasa berada bersama orang2 yang mengingatiNYA.....