Followers

About Me

My photo
Melaka, Melaka Tengah, Malaysia
Assalamulaikum kepada pembaca blog sy ini..nama ku di beri cukup dengan makna yang tersirat dan di lahirkan di Pontian, Johor tapi skrg menetap di Melaka... allhamdullilah telah pun tamat belajar dan kini sy telah menyambung pengajian sy yg seterusnya & insyallah selagi kudrat masih lagi akan ku teruskan perjuangan menunutut ilmu selagi sy masih bernafas di muka bumi Allah ini...prinsip sy selagi sy di beri kesempatan dng kudrat yg sy ada, perjuagan tidak akan selesai..sy akan cube mencari ilmu yg ada kat dunia ini yg belom sy terokai..gagal sekali tidak bermakna gagal tuk selamanya..yg penting tidak kenal erti putus asa

Tuesday, November 30, 2010

Nafsu Pemusnah Manusia


Dunia pada hari ini penuh dgn dugaan dan cabaran umat ISLAM kita berkaitan masalah sosial yang boleh kita di lihat sering terpapar di dada akhbar, media cetak & elektronik .Masalah ini bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita malah sudah menjadi satu trend pada mse kini.Namun, masalah ini masih berulang lagi akibat tindakan hawa nafsu dalam diri dan manusia kita pada hari masih tidak sedar bahawa dunia ni hanya sementara sahaja bukanlah akan kekal wat selamanya.Berdasarkan pembaca yang telah sy wat, ingin sy kongsi serba sikit ilmu yang telah sy perolehi dr Majalah Solusi berkaitan NAFSU PEMUSNAH MANUSIA.Apa yang dpt sy perhatikan, nafsu lah punca utama kita bertindak di luar kawalan sehingga kita tidak sedar bahawa nafsu sekiranya tidak di didik akan menyebabkan kita terus hanyut dengan pelbagai masalah yang melibatkan iman kita.APA ITU NAFSU ? nafsu sebenarnya melibatkan kekuatan atau keinginan dalam diri manusia.Nafsu ini akan timbulnya sifat2 mazmumah seperti hasah dengki, pemarah, takbur, cintakan dunia dan lain2.Imam Ghazali mengumapakan nafsu sebagai kuda yang liar.Jika tidak di didik kuda itu akan mengamuk dan menjatuhkan orang yang menunggangnya.Sebaliknya, jika kita berjaya menjinakkan kuda tersebut dengan mudah kuda tersebut mudah di tunggang.Pendapat Imam Ghazali ini ade baiknya kerana nafsu ini perlu di kawal dan seharusnya bijak dalam mengatasi hawa nafsu dalam diri kita.


Berdasarkan pembacaan sy, nafsu dapat di bahagikan kepada 3 bahagian iaitu :


1. NAFSU AMMARAH


Maksudnya mengajak kepada kejahatan.Tahap nafsu ini merupakan yang paling jahat dan hina serta tidak berusaha untuk melawanya.Maksiat yang dilakukan terasa seronok dan bangga dengan perbuatan yang di lakukannya dan mengajak manusia untuk melakukaknya.Nafsu jenis ini benci kepada perkara makruf dan akan berusaha menyekatnya dalam masa yang sama meyuburkan kemungkaran.Firman ALLAH bermaksud "Aku bersumpah demi kiamat.Dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesal (dirinya sendiri) (Surah al-Qiyamah 75 : 1-2)



2. NAFSU LAWWAMAH


Nafsu ini meyedarkan manusia atas perbuatan jahat yang telah di lakukan serta menyesal kebaikan yang tidak di lakukan.Kandangkala manusia lalai juga drp melakukan kesilapan menurut hawa nafsu, kemudian bertaubat.Qurrah bin Khalid berkata drp al-Hassan al-Basri mengenai ayat ini "Sesungguhnya orang Mukmin demi ALLAH, kami tidak melihatnya melainkan mencela dirinya sendiri.Yang aku maksudkan dengan kalimatku ini adalah sama seperti apa yang aku maksudkan dgn makanku dan apa yang aku maksudkan dengan introspeksi diri.Dan sesungguhnya orang jahat akan berjalan tanpa mencela dirinya sendiri" (Tafsir Ibn Khathir).ALLAH berfirman yang bermasud "Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu meyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh TUHAN.Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Yusuf 12:53)



3. NAFSU MUTMA'INNAH


Nafsu yang dapat mengawal diri daripada melakukan kemugkaran dan berusaha melakukan suruhan ALLAH dan meninggalkan larangaNYA, menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah daripada melakukan kemaksiatan.Sentiasa dekatkan diri kepada ALLAH dan redha segala ujian yang di uji oleh ALLAH. Firman ALLAH , "Hai jiwa yang tenang ! Kembalilah kepada TuhanMU dengan hati yang puas lagi di redhai olehNYA.Maka masuklah ke dalam jaamah hamba-hambaku.Masuklah ke dalam syurgaKU" (Surah al-Fajr 89:27-30)



Berdasarkan kategori nafsu di atas, mungkin kita tergolong dalam salah satu nafsu tersebut.Oleh itu sama2 lah kita meningkatkan alaman ibadat kita dengan mendekati ALLAH.Semoga segala amalan ibadat yang telah kita lakukan di terima oleh ALLAH .insyALLAH.....


No comments: