Wanita mmg perlu berusaha mencari jodoh.Ada beberapa cara bagaimana nak cari jodoh?
1) Jadikan produk diri sebagai wanita "SOLEHA" yang baik dari segi ahklaknya dan agamanya.Pakej produk ini kebiasaanya mempunyai permintaan yang tinggi di dunia dan akhirat.Bersama-sama lah kita berusaha meningkatkan diri n memperbaiki setiap kekurangan dalam diri.
2) Mengawal diri daripada mempunyai sifat gedik, mudah menyerah & melayan kerana wanita sebegini begitu mudah di miliki oleh lelaki yang tidak berakhlak sahaja.Kebiasaanya wanita mudah di miliki kerana mudah tergoda dengan SMS, call. puji-pujian dan lain2...senang mudah di persia2 kan oleh lelaki.
3) Carilah kwn2 sejantina yang memiliki sifat yang soleha.Mungkin jodoh anda di kalangan abg2 mereka, saudara mereka dan sebagainya yang mempunyai sifat soleh.Jelaskan niat bahawa itu bukan matlmat wasilah semata2.
4) Sekiranya anda terpikat pada lelaki yang mempunyai agama dan akhlak yang mulia dan anda ingin memulakannya, pilihlah melalui orang tengah yang soleh.Jgn menghantar hasrat terus kpd nya krn ia menjatuhkan mertabat & kemuliaan malu anda di matanya.
5) Minta pertolongan daripada ibu bapa utk mencari calon pilihan untuk anda
6) Jika anda di risik oleh seseorang lelaki secara langsung dan anda menyenangi agama serta akhlaknya dan yakin bahawa dia boleh berubah menjadi lebih baik, mintalah dia merisik dengan cara yg mulia iaitu dengan cara melibatkan terus ibu bapa bukan hanya berdua-duaan antara anda dan dia.Cara menggunakan orang tengah merupakan cara untuk menjauhi fitnah .Cara ini juga di lakukan oleh Rasullullah S.A.W
FROM : NOVEL DENYUT KASIH MEDIK hasil karya "FARHAN HADI BIN MOHD TAIB"
No comments:
Post a Comment