Followers

About Me

My Photo
Melaka, Melaka Tengah, Malaysia
Assalamulaikum kepada pembaca blog sy ini..nama ku di beri cukup dengan makna yang tersirat dan di lahirkan di Pontian, Johor tapi skrg menetap di Melaka... allhamdullilah telah pun tamat belajar dan kini sy telah menyambung pengajian sy yg seterusnya & insyallah selagi kudrat masih lagi akan ku teruskan perjuangan menunutut ilmu selagi sy masih bernafas di muka bumi Allah ini...prinsip sy selagi sy di beri kesempatan dng kudrat yg sy ada, perjuagan tidak akan selesai..sy akan cube mencari ilmu yg ada kat dunia ini yg belom sy terokai..gagal sekali tidak bermakna gagal tuk selamanya..yg penting tidak kenal erti putus asa

Saturday, June 11, 2011

Layar Keinsafan


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

(MESTICA)

Thursday, May 5, 2011

Ceritaku


Sambil duduk2 dalam bilik terkenang dlm memori ingatan pelbagai peristiwa masih segar dlm ingatan. Pengalaman dlm mengharungi hidupan adlh merupakan perkara yg amat menyakitkan hati & mungkin di uji pelbagai dugaan dlm idop. Sesungguh segala kesilapan dlm diri berpunca dr imam yg lemah. Dugaan yg mendatang membangkitkan semangat utk teruskan hidup. Mengapa setiap kali yg muncul dlm hidup pasti ada yg meninggalkannya ? mungkin segala perancangan idop telah di tentukan namun apakah daya kudrat seorg wanita yg lemah dgn harus dunia. Adakah mereka2 yg penah mengenali insan yang kerdil ini mengingati memeori kita bersama dahulu ? Mungkin teringat? dan mungkin tidak...jgn di kenangan perkara yg lepas ...masih terasa sakit di lubuk sanubari...mengapa aku perlu menangis ? tiada gunanya aku menangis perkara yg lepas...ayuh bangkit mari lah perbaiki setiap perkara yg lepas...

Thursday, April 28, 2011

Merdeka !!!


Allhamdullilah akhirnya aku berjaya menjawab sume paper sem kali ini. Rasa terseksa gak nak tggu paper habis ni. Wah, cuti selama 4 bln yg mmg cuti yg plg lama tak penah aku rasa. Tibe2 hati sedih n sayu...ye lah kan cuti 4 bln tak dpt jumpe kwn2. Bln 9 bru jumpe kowg sume. I love u la especially 4 bdk2 SN POLITIK. Segala kenangan bersama tetap aku ingat dalam memori aku. Tak lupa juga kat ex-DUUS KUIM 2007 windu sgt kt kowg sume. Begitu pantas masa berlalu n entah bila dpt jumpe kowg lagi kan. Entah2 masing2 dh nak diri masjid kan..hehehe. Ckp pasal diri masjid 3 jemputan kahwin yg aku terima dr kwn2. Wah, seru kwog dh sampai rupenya ek. Aku nk ucapkan tahniah moge rumatangga yg di bina kekal sehingga ke syurga. Aku ni entah bila sampai seru ek...jelez pun ade gak tgk masing2 dh nak kawen...hehehe..tp byk lak komitmen yg perlu aku selesaikan...pertama sekali ingin bls jasa fmily, kedua, capai cita2 nak gengam segulung MASTER pun jd la..hehehe...ketiga, cari keje kot n tibe2 terpikir nak jd lecturer kat KUIM kat tmpt lama aku bljr waktu diploma. Segala jasa yg telah di berikan oleh lecturer DUUS tak kan aku lupekan. Tanpa mereka sume mana mungkin aku boleh berjaya menjejak kan kaki di UKM. Thanks all of u....yg terakhir, kawen ?? entah sapa le jodoh aku kan...jgn le jodoh aku ngan owg yg aku benci kang tak pasal2 dia jd husband aku lak...hehehe...Aah...tidak mungkin akn berlaku...AKU TAK SUKE KO pun..hahaha...hurmm, apakah plan aku nak wat spjg cuti 4 bulan ni ek...hu2...lama nya cuti...hu2....apa2 pun kenangan sepanjang bljr mmg sgt terindah dalam hidup aku....=)

Tuesday, April 26, 2011

Awak Tak Rimas ke ?


Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.
" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, atleast kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumache, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan selt-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar"

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seatbelt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, thats why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

" Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? " Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk mintak penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...




(perkongsian dari ukhti fillah,berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM,perkongsian..moga dapat mengambil ibrah :D )


Saturday, April 9, 2011

Sikap & Tabiat Manusia


Hari ini entah mengapa hati aku rase sebak. Pelbagai ujian bila nak dekat exam. Report pgrom yg belum hantar, kad mesin ATM yg tak ley gune, duit lak tinggal cukup2 mkn, hp yg rosak n salah paham ngan kwn. Adakah ini ujian buat aku ? mungkin ini ujian dr ALLAH menguji tahap kesabaran hambaNYA. YA ALLAH hambamu ini lemah, insan yg jahil, alpa denganMU. Dengan ada ujian sebegini membuat Aku mengingatiMU. Mengapa fikiran ku ini sering memikirkan salah paham ngan shbt ? adakah dia masih memarahi aku ? adakah besar kesalahan aku sehingga menjauhkan diri dari aku ? mengapa setiap kali aku bersahabat dugaan yg sama menimpa dlm diri hambaMU ini ? Manusia kadangkala ego n terlampau mengikut hati & perasaan. Ada hikmah ALLAH mencipta manusia berbeza2 watak & perangai. Ya ALLAH aku rasa kerdil ya ALLAH...DI akhirat aku tidak tahu nasib ku di sana. Begitu banyak dosa2 yang telah aku lakukan. Tiada manusia yg sempurna dalam dunia ini. YA ALLAH berikan kekuatan dalam diri hambaMU ini.Hanya KAU tempat ku mengadu masalah. Hanya KAU mengetahui isi hati & mslh hambaMU ini. Perlukah aku menjauh kan diri dr orang ? aku tidak mempercayai sapa2 baik kwn mahupun sape2 yg aku kenali....Aku tak berdaya menghadapi masalah ini.....berikan aku ketenangan sepanjang aku menghadapi final exam....maapkan kesalahan & segala perbuatan yang telah aku lakukan kpd mereka2 yg terase & kecik hati dengan aku...apa buruk datang dalam diri aku...aku bukan mailakat, aku bukan nabi n aku sering melakukan kesilapan & sentiasa memerlukan bimbangan & sokongan & tempat aku kongsi suka & duka.....MAAPKAN AKU TUK SEGALA2NYA.......

Friday, April 8, 2011

Malam Pertama


Salam mesra kepada semua, sedikit tazkirah ringkas dalam blog saya ini untuk memperingati kepada diri saya dan semua akan azab kubur yang amat pedih dan dahsyat. Suatu azab yang cukup hebat kepada hambanya yang melakukan maksiat dan dosa. Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya.

Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.

Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut. Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.

Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.

Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?. Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat manusia yang tidak diketahui di mana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang di laut dan sebagainya.

Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat.

Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.

Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasai nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti inipun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan alam barzakh lebih hebat dari itu.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam’iyyat” yang wajib kita yakini. Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti. Sabda Rasulullah yang bermaksud :

“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur?. Rasulullah bersabda yang bermaksud :

“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepada-Nya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepada-Nya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepada-Nya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Agama yang cukup, yakin akan kudrat dan kuasa Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin dengan adanya siksaan dan nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.

Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.

Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.


Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.

Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.

Untuk itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi kekasihnya.

Dengan mengingati azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, merosakkan harta awam, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :

“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.”(Surah Ali-Imran ayat : 16)
http://www.ustaznoramin.com

Tuesday, April 5, 2011

Debaran Hati


Pejam celik pejam celik tak sangka berakhirnya sem 2 & nak masuk tahun 2. Masa bergerak begitu pantas sekali. Next week merupakan hari yg di nanti2 kan oleh ana utk menghadapi FINAL EXAM yang penuh debaran. Subjek sem kali ini mmg mencabar dari segi mental. Di penuhi subjek yg banyak berfalsafah. Otak pun berpusing2 seperti gasing. Persediaan dlm proses dan tekanan semakin terasa. Yakin dalam diri bahawa owg laen ley buat kita pun ley buat. Apa yg ana belajar mmg byk berkaitan sangat dalam kehidupan sosial manusia..."MATLAMAT MENGHALALKAN CARA" ungkapan dari tokoh yg bukan asing lagi bernama NICCOLO MICHEVELLI...mula2 ambek kos ni mcm tak best tp bila dh mula bljr rase seronok..pd mulanya niat mcm nak berhenti maybe tekanan masa final exam sem lepas agaknya..hehehe...ALLHAMDULLILAH ana berjaya merentasi halangan yg begitu sukar utk di hadapi ...ALLAH sentiasa membantu hambaNYA yg betul2 meminta pertolongan drNYA...ana berharap sem kali ini akan memberi satu inspirasi dalam diri utk dptkan yg terbaik demi membalas jasa family...ilmu dunia mmg perlu cari tetapi ilmu akhirat lagi amat2 di perlukan maka seimbagkanla antara kedua-duanya.....CAYOK2 FARHANA....=)