Followers

About Me

My photo
Melaka, Melaka Tengah, Malaysia
Assalamulaikum kepada pembaca blog sy ini..nama ku di beri cukup dengan makna yang tersirat dan di lahirkan di Pontian, Johor tapi skrg menetap di Melaka... allhamdullilah telah pun tamat belajar dan kini sy telah menyambung pengajian sy yg seterusnya & insyallah selagi kudrat masih lagi akan ku teruskan perjuangan menunutut ilmu selagi sy masih bernafas di muka bumi Allah ini...prinsip sy selagi sy di beri kesempatan dng kudrat yg sy ada, perjuagan tidak akan selesai..sy akan cube mencari ilmu yg ada kat dunia ini yg belom sy terokai..gagal sekali tidak bermakna gagal tuk selamanya..yg penting tidak kenal erti putus asa

Monday, July 27, 2009

Masa Krusus Jenazah









KEINSAFAN

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

Pada 2 minggu lepas kolej aku ada buat krusus pasal jenazah.Ini merupakan kali pertama aku mengikuti krusus ini. Sepanjang idop aku, aku tidak pernah tahu mengenai pegurusan jenzah.Semasa aku menghadiri krusus tersebut banyak manfaat yg telah aku perolehi sepanjang krusus ini dijalankan.Kdg2 aku terpikir di saat bila nyawa aku ditarik maka roh dari jasad ku keluar dan mungkin aku menyaksikan saat2 aku dimandikan,dikafankan, disolatkan dan dikebumikan.Aku tidak dpt bayangkan disaat2 mungkin aku akan di soal oleh mungkar dan nangkir.Ya Allah Ya Tuhanku begitu byk dosa-dosa yg telah aku lakukan kpd Kau Ya Allah. Aku sering melupakanmu Ya Allah, Kau lah maha pengampun lagi maha mengasihani hambamu ini.

Aku malu pada kau Ya Allah kerana diriku ini masih terlekat sisa2 dosa yg telah aku lakukan dan aku sendiri tidak sedar.Aku takut menanti seksaan yg bakal aku terima.Mungkin disaat itu aku akan meninggalkan dunia yg sementara ini penuh dng tipu daya dan termakan dari hansutan syaitan.Aku merintih dan aku menangis memohon kemapunan darimu Ya Allah.Kau lah maha mengetahui ape yg tersurat dan tersirat serta aku sendiri tidak tahu mengenai. Aku byk meluangkan masa dng akiviti tidak berfaedah yg tidak mendatangkan ape2 kpd aku.Ya Allah aku belom menemui destinasi cinta aku yg sebenar.Aku keliru dng diri ku ini dan Kau tunjukkan lah aku jalan yg lurus.Aku tidak sanggup menghadapi saat2 hukuman yg bakal aku terima. Ya Allah...aku takot...kau lah cinta yg sebenar dan kekal utk selamanya...

Mungkin kau telah menunujukan aku jalan kebenaran dan aku belom cukup kekuatan dlm diri ini Ya Allah.Banyak pelajaran yg telah aku perolehi drp krsus jenazah.Kita sebagai seorg ank seharusnya mengetahui cara2 menguruskan jenazah, mungkin suatu hari disaat keluarga kita dijemput oleh Allah, kita lah septotnya menguruskan jenazah kelurga kita bukan org laen yg menguruskannya.Segala keaiban mengenai jenazah keluarga kita hanya kita sahaja yg tahu.Masyrakat kita pada zaman skrg lebih mementingkan duniawi tanpa mengingati disaat kematian di akhirat nanti.Aku merase sedih bila melihat umat islam kita yg semakin hayut dgn segala tipu daya dunia dan maksiat semakin berleluasa.Aku berharap moge pintu hadiyah diberikan utk mereka.Ya Allah beri peluang kpd mereka utk bertaubat dngmu Ya Allah...Kau cintaku yg amat aku kasihi...temukan lah aku destinasi yg sebenar...moge aku tidak terhanyut..Amin...

Gmbr2 di atas merupakan gmbr di saat aku menghadiri krusus jenazah...dari sesi kafan,mandi,solat dan pengebumian dpt memberi gambaran yg sebenar..sma2 lah kita mengingati hari kematian moge kita tidak terus hayut dan hayut sehingga kita tidak sempat tuk bertaubat

No comments: