Followers

About Me

My photo
Melaka, Melaka Tengah, Malaysia
Assalamulaikum kepada pembaca blog sy ini..nama ku di beri cukup dengan makna yang tersirat dan di lahirkan di Pontian, Johor tapi skrg menetap di Melaka... allhamdullilah telah pun tamat belajar dan kini sy telah menyambung pengajian sy yg seterusnya & insyallah selagi kudrat masih lagi akan ku teruskan perjuangan menunutut ilmu selagi sy masih bernafas di muka bumi Allah ini...prinsip sy selagi sy di beri kesempatan dng kudrat yg sy ada, perjuagan tidak akan selesai..sy akan cube mencari ilmu yg ada kat dunia ini yg belom sy terokai..gagal sekali tidak bermakna gagal tuk selamanya..yg penting tidak kenal erti putus asa

Saturday, May 23, 2009

10 Jawapan Mengatasi Bisikan Iblis


Ada sepuluh cara setidaknya, agar kita bisa menjawab godaan syaitan yang selalu ingin menjerumuskan kita ke jurang neraka. Cara praktis mengusir iblis dan bala tentaranya itu tertuang nasihat seorang ulama dalam dialog antara manusia dan iblis:

1. Jika ia datang kepadamu dan berkata:" Anakmu mati," katakan kepadanya : Sesungguhnya mahluk hidup diciptakan untuk mati, dan putraku akan masuk surga. Dan hal itu membuatku bahagia".

2. Jika ia datang kepadamu dan berkata:" Hartamu musnah," katakan kepadanya : "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat."

3. Jika ia datang kepadamu dan berkata:" Orang-orang menzalimimu sedangkan kamu tidak menzalimi seorangpun." maka katakan kepadanya : "Siksaan akan menimpa orang-orang yang berbuat zalim dan tidak menimpa orang-orang yang berbuat kebajikan (Mukhsinin)".

4. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: "Betapa banyak kebaikanmu," dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri(Ujub). Maka katakan kepadanya: "Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".


5. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata:"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan : "Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".

6. Dan jika ia datang dan berkata: "Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya: "Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

7. Dan jika ia berkata kepadamu : "Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya : "Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".

8. Dan jika ia berkata kepadamu : "Betapa banyak amalmu". Maka katakan kepadanya: "Betapa seringnya aku bermaksiat".

9. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: "Minumlah minuman-minuman keras!". Maka katakan : "Saya tidak akan mengerjakan maksiat".

10. Dan jika ia datang kepadamu dan berkata: "Mengapa kamu tidak mencintai dunia?". Maka katakan : "Aku tidak mencintainya dan telah banyak orang lain yang tertipu olehnya".

Wallahu a'lam bisshawab..

http://www.islahsite.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=3

Cium Pipi Ayah Sebelum Ciuman Terakhir


Cerita dari seorang hamba allah yg begitu touching skali...
waaa...sedey nyer... =(
make sure baca smpi habis...

peringatan buat kita yang masih mempunyai ayah dan
ibu...hargailah mereka sebaiknya sebelum kita terlambat... ..
sebelum mereka pergi meninggalkan kita... atau kita pergi
meninggalkan mereka... wallahua'lam. ...


CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR.... .

Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan
sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang,
untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.
Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.
Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....
pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...
dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.
Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus
menangis.
Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya.... . ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih
terbayang... .abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....
sambil mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga
roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah
lebih dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian ....
sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak belikereta tunggulah
2005.
Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak
berjalan.
Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.
Pastu...
abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah
dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah
ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office
jer.
Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.
Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad
pengenalan aku, sebaliknya buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring.
Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.
Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.

Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
Pertama kali.... tak tidur 2 hari,
Pertama kali... asyik menangis,

Pertama kali.... menimbus kubur,
Pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ...
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan.
Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....
pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...
aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah
besar sudah lama tidak mencium pipinya.


Ya Allah..tuhan segala alam..
aku dan abang mengangkat jenazahnya.. ......... dan mengebumikannya.
hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.
Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya kosong......

setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.

Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah
Abah seorang pendiam..... . sabar.. dan alim....
Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada
abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan
abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....
seringkali tidur di peha.

Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya.
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila
aku beli kereta.

Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria
hijau 1.6..... abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya.
Sekali tu
jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah
catat
berkenaan anaknya.

Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok.
dll.......Abah catat Kak Se keguguran... ..
Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua
bila baca dairi tue....

Abah sayang anaknya.....
tak pernah tunjuk...
sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga

dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan

anak-anaknya sahaja.

Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup slalu cakap
pasal anaknye.
Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada anak macam korang".
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku slalu fikir...

aku...bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta,
rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota
kuliah subuh abah yang terbaru.....
catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat
kubur"
abah gariskan perkataan ingat kubur....
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk
meninggal.

Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan api
neraka.
Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia dukung...
bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur
sama.
Kini semuanya tiada.


YaALLAH....
aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. .tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi

abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. ..
abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang

baru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan
untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.

Tok Imam ada cakap kat kami....
"kubur ayah dikorek...
pastu ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi....
terlebih tandanya seorang yang pemurah....
sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."
"abah kamu wajahnya tersenyum saja walau pun dah meninggal"
"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih... kotor najis pun takder"...
perkara itulah menyedapkan hati kami....
untuk jadi seperti abah....

Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....
aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang
selaku bendahari.
Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut
menangis....


"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung
walau kerja apa sekali pun....

YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...
"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"
dan,
kita yang hidup akan pergi juga....
Lelaki berat tanggungjawabnya. ...
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .
isyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.
Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja
setelah terlupa dgn nikmat Allah..

Mak juga seorang yang solehah....
saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al
-Mizan..
Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....
tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri
takut tak tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....
jadikan iktibar.....
Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.
Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Tunjukkan... .

Friday, May 22, 2009

Lelaki Pupus Di IPTA


Benarkah sistem pendidikan Malaysia hari ini tidak kondusif untuk memupuk minat kaum lelaki terhadap pelajaran? Atau adakah ia hanya sekadar alasan kepada sikap malas pelajar lelaki?


FENOMENA penurunan jumlah pelajar lelaki di universiti dibangkitkan lagi. Statistik kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menunjukkan pelajar perempuan terus mendominasi dengan kemasukan 64.5 peratus bagi sesi pengajian 2008/2009. Kenapa pelajar lelaki semakin pupus di universiti?

Fenomena ini meresahkan banyak pihak termasuk pakar dalam dasar kepimpinan Profesor Madya Dr. Azahari Ismail yang ditemubual di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Azahari berkata fenomena kekurangan pelajar lelaki di universiti adalah isu kompleks yang berpunca daripada faktor berkait, secara langsung dan tidak langsung, yang perlu diteliti secara mendalam kerana ia memberi kesan jangka panjang kepada negara dan masyarakat.

Beliau berkata fenomena kepupusan itu akan memberi implikasi besar kepada agama, sosio-ekonomi dan psikologi masyarakat, khususnya institusi keluarga, kerana lazimnya lelaki adalah ketua keluarga.

"Terima atau tidak, kejayaan seseorang itu bergantung kepada pendidikan, jadi kalau bakal-bakal bapa ini tiada pendidikan bermakna institusi keluarga akan hancur.

"Ini akan menyumbang kepada masalah lain seperti fenomena 'bapa kelam' iaitu bapa yang tidak berperanan. Sudahlah isteri pandai daripada dia, nak cakap banyak tak boleh dan dalam sesetengah kes, gaji bini lebih banyak. Bapa ini powerless and meaningless (tak ada kuasa, tak berperanan)," katanya.

Dalam mengupas isu itu, Azahari mengaitkan kurikulum sistem pendidikan negara yang menyerap sistem pendidikan moden barat yang lebih kondusif kepada pelajar wanita sebagai faktor menyumbang kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki di universiti itu.

Beliau berkata sehingga tahun 1800, sistem pendidikan Barat moden dicipta bagi memenuhi keperluan masyarakat yang dikuasai lelaki pada ketika itu sehingga berlakunya pergerakan mendapatkan hak sama rata untuk wanita di Amerika Syarikat (AS) di mana pakar-pakar akademik perempuan mencari jalan mengimbangi gender dalam pendidikan.

Bermula daripada itu, sistem pendidikan telah diubah secara menyeluruh daripada kaedah pengajaran dan pembelajaran, kandungan kurikulum dan penilaian supaya lebih kondusif untuk membantu pelajar perempuan.

"Pada 1974, saya telah bercakap dengan Edna Saffy (President National Women Organisation Chapter South East America) yang memberitahu saya bahawa beliau menjalankan kempen untuk menggalakkan profesor (di AS) terutama di fakulti pendidikan untuk mengubah kurikulum ke arah itu.

"Ini penting kerana pemikiran pada waktu itu ialah pasca hippie dan antiperang yang secara tidak langsung mengubah haluan pendidikan," katanya.

Beliau berkata kurikulum itu telah berjaya memudahkan pelajar wanita berjaya dalam pengajian.

Azahari yang juga pengarah yang merangka program siswazah menganggur di negara ini pada 1986 berkata, pada ketika itu, keseimbangan antara pencapaian lelaki dan perempuan di AS tidak parah kerana nilai judaeo-christian, frontier mentality dan individualism masih kuat sekali gus mendesak lelaki untuk berusaha.

Berlainan dengan Malaysia, beliau berkata negara ini telah mengubah sistem pendidikan tanpa sedar (kerana kebanyakan ahli akademik sekitar 30 atau 40 tahun lepas belajar di AS) sedangkan nilai tradisi tempatan tidak mantap menyebabkan ramai pelajar lelaki hilang jati diri.

"Ramai lelaki yang melalui proses ini hilang jati diri dan tidak bersungguh-sungguh. Sebab itu saya kata fenomena kepupusan itu parah dan Amerika sendiri mula merasa kesannya selepas 40 tahun," katanya.

"Budaya komunikasi pelajar lelaki bergantung pergerakan atau penggunaan visual dan grafik dalam pembelajaran.

"Secara langsung, pengajaran secara lisan lebih membantu pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki yang memerlukan elemen bukan lisan dalam meningkatkan keupayaannya memahami sesuatu subjek," katanya.

Dalam konteks itu, Azahari menegaskan kurikulum yang lebih secocok dengan stail dan keperluan psikologi wanita serta sistem penilaian yang bersifat penilaian akademik (baru akhir-akhir ini diubah dengan memasukkan elemen kokurikulum) secara tidak langsung menyebabkan longgokan pelajar wanita.

"Bagaimanapun fakta bahawa ramai perempuan dalam universiti bukan masalah, atau gejala tidak baik. Itulah satu rahmat besar sebab masa merdeka dulu berapa ramai perempuan belajar tetapi yang menjadi masalah ialah semakin pantas kadar kekurangan pelajar lelaki itu," katanya.

Dalam konteks itu, Azahari mencadangkan satu jawatankuasa kerja khas kebangsaan di peringkat kementerian dan universiti ditubuhkan untuk mengkaji dan mencari penyelesaian kepada fenomena kepupusan pelajar lelaki itu.

"Ini bukan perdebatan dalam usaha untuk membangunkan golongan wanita tapi apa yang penting usaha untuk memastikan pelajar lelaki tidak terus terpinggir dan memberikan implikasi negatif kepada negara," katanya. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0630&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm

Rahsia Di Sebalik Tulisan Anda


TEKANAN

1) Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Ciri-ciri : Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

2) Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
Ciri-ciri : Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

BENTUK TULISAN

1) Tulisan yang bulat-bulat
Ciri-ciri : Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

2) Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Ciri-ciri : Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Kecondongan

1) Condong ke kanan
Ciri-ciri : Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

2) Condong ke kiri
Ciri-ciri : Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

3) Tegak
Ciri-ciri : Systematik, berdisiplin, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

4) Campur-campur
Ciri-ciri : Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

KERAPATAN

1) Jarang-jarang
Ciri-ciri : Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

2) Rapat-rapat
Ciri-ciri : Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

PADA HURUF J, G, Y, Z

1) Ada ekor

i) Besar, panjang dan sempurna
Ciri-ciri : Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

ii) Kecil, pendek dan tak sempurna
Ciri-ciri : Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

PADA PALANG HURUF KECIL T (t)

i) Tinggi
Ciri-ciri : Tahap aspirasi tinggi

ii) Rendah
Ciri-ciri : Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii) Tengah-tengah
Ciri-ciri : Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Aaaaa…dah abes baca dah??? Kira dah jumpa la nie kan identiti tulisan korang. Ker….tak jumpa lagi??? Kalau tak jumpa gak, mungkin tulisan korang tu belum cukup syarat nak masuk carta rahsia disebalik tulisan anda. Saya ambil sedikit contoh daripada maklumat atau info seperti artikel di atas ini, kita juga boleh berikan taksiran tersendiri walaupun hanya melihat dengan mata kasar daripada segi gaya tulisan seseorang.


Kita ambil contoh seperti, seseorang yang sering menukar gaya tulisannya. Mungkin ada yang akan berpendapat orang seperti ini mungkin tidak mempunyai pendirian yang teguh ataupun seorang yang suka bermuka-muka. Jikalau difikirkan secara logiknya ada kebenaran atau dalil yang menguatkan persepsi yang seperti ini. Walaubagaimanapun, perbuatan seperti ini kadangkala berlaku secara kebetulan sahaja ataupun seseorang itu lebih selesa menggunakan gaya tulisan seperti yang mereka sedang gunakan sekarang.

Kelebihan Solat Dhuha


“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” (al-Dhariyat: 56)

Allah s.w.t. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.

Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.

Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Quran dan Sunah, Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM), Nilai, Negeri Sembilan, Nidzamuddin Zakaria menjelaskan, solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).

“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.

“Justeru, sunah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah ini eloklah dijadikan amalan bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Junjunganku tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. telah berwasiat supaya aku mengerjakan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada tiap-tiap bulan (13, 14 dan 15 haribulan daripada bulan Qamariah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan juga supaya aku mengerjakan solat Witir sebelum aku tidur,” kata Nidzamuddin dalam temu bual baru-baru ini.

Kelebihan

Menjelaskan kelebihan mereka yang mengamalkan solat ini, kata Nidzamuddin, setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat.

Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. Cuma usah pula hikmah dan fadilat ini yang diutamakan. Dibimbangi ia menjadi suatu tabiat di mana kita beramal lantaran hikmat semata-mata bukan lahir daripada rasa keinsafan diri.

Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.

Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha,” kata Nidzamuddin.

Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

Persoalan yang sering timbul berkaitan solat ini adalah dari segi keutamaannya kerana ia berada dalam waktu bekerja. Akui Nidzamuddin, kedua-dua perkara tersebut memang ada kedudukan dan kepentingannya masing-masing. Pokoknya cara seseorang itu mengendalikannya mestilah seimbang dan saksama antara tanggungjawab duniawi dan tuntutan ukhrawi.

Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini. Pertama, sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.

Kedua, sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.

Ketiga, pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten. Hal ini diterangkan oleh Aishah: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka.” (Riwayat Muslim).

Oleh itu lakukan solat ini di rumah atau di tempat kerja selagi mana ia tidak memberatkan atau menghalang tugas-tugas lain yang lebih utama dan penting.

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Bilangan rakaat

Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam). Ini bersandarkan hadis Aishah (Riwayat Imam Abu Daud) menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani.” (Riwayat Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih)

Solat ini juga diriwayatkan berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. (Riwayat Imam al-Tabarani)

Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak.” (Riwayat Imam al-Tirmizi)

Tegasnya, bilangan yang masyhur adalah antara dua hingga lapan rakaat. (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi). Oleh itu, eloklah ia dijadikan sandaran bagi amalan kita.


http://nursyirah.wordpress.com/2008/03/30/solat-dhuha-hindari-kepapaan/

88 % Minda Kita Utk Org Lain


Percaya atau tidak, dalam 24 jam, 88% tenaga mental kita lebih banyak digunakan untuk melayan emosi berkaitan ketidak puashatian kita pada orang lain.

Dalam tempoh 24 jam itu, kita lebih cenderung sakit hati dengan seseorang, geram, marah atau kecewa di atas tindakan orang lain yang tak ngam dengan kehendak kita. Dalam hati, kita seringkali mengomplen pasal mereka. Kita mula memfokus pada emosi-emosi negatif sepanjang hari.

Kesan daripada perbuatan memfokus emosi negatif, ia akan menarik lebih banyak situasi negatif supaya berlaku pada diri Anda sendiri.

Pernah tak Anda tiba-tiba bad mood di waktu pagi bila masuk ke tempat kerja, selepas itu sepanjang 8 jam waktu Anda bekerja, ada saja yang tak kena, ada saja masalah.

Bos tak semena-mena marah ngan Anda, kopi tetiba tumpah di baju Anda, kaki Anda tergelecet di lantai bilik air, nasik lemak yang Anda order masih tak sampai-sampai lagi, member kat ofis pulak buat pasal, Anda buat silap time menaip kerja Anda. Ada saja tak kena.

Setiap kali fikiran memfokus pada perkara-perkara buruk tentang seseorang, ibarat kita meminta supaya perkara-perkara buruk yang sama didatangkan pada kita. Ia ibarat doa tak terucap.

Hidup ni seimbang. Akan sentiasa seimbang. Semua yang berlaku akan bertimbal-balik, dikenali sebagai ‘vice-versa”.

Setiap yang kita buat, fikir dan cakap akan dibalas. Respon kita,perbuatan dan percakapan kita ada implikasinya tersendiri.

Apa yang Anda fikirkan pasal orang lain, itu juga yang akan dikembalikan semula pada Anda. Apa yang Anda buat pada orang lain, itu juga yang akan dibuat pada diri Anda, sebagai balasan.

Fikiran beremosi buruk Anda pada orang lain akan menarik fikiran beremosi buruk orang tu pada Anda.

Anda fikir yang baik-baik pasal dia, fikirannya juga akan menghantar fikiran yang baik-baik pada Anda. Kesannya, Anda ditemukan dengan situasi baik-baik belaka. Di sinilah mudah untuk Anda cemerlang lalu berjaya menghasilkan matlamat yang Anda impikan.

Untuk memudahkan kita berjaya mencapai apa yang kita nakkan, fikirlah yang baik-baik pada semua orang, situasi, perkara dan benda kerana setiap apa yang kita fikirkan akan dibalas dengan yang serupa dengan apa yang ada difikiran.

Anda perlu tahu bagaimana untuk menukar emosi negatif menjadi emosi positif dalam sesaat. Ia satu kemahiran yang boleh Anda pelajari.


http://www.imotivasi.com/88-minda-kita-untuk-orang-lain/

Kata-kata Motivasi


“Bila Anda buat sesuatu, jangan fikir diri sendiri. Banyak-banyaklah fikirkan orang lain terutama apa yang Anda boleh buat untuk merubah mereka berubah jadi lebih baik, lebih maju dari sebelumnya.

Bila orang lain ngumpat pasal Anda, meluat melihat kerajinan Anda, jangan fikir sangat soal mereka. Banyak-banyaklah fikir diri sendiri. Tanya diri Anda, apa yang Anda boleh buat untuk memajukan diri sendiri ke tahap lebih baik dari yang sebelum ini?”

Fikiran kita lebih banyak kita gunakan pada orang lain, bukan pada diri sendiri. Kita selalu memikir apa yang mereka cakapkan pasal kita, kita membayangkan air muka mereka yang kurang senang dengan kita, kemudian kita selalu ingat apa yang diorang tak suka pasal kita. Akhirnya, ia membuat kita jadi tidak selesa. Selepas itu, stress pula!

Kita buat buruk pada orang, perbuatan kita akan dibalas dua kali ganda, mungkin suplo kali ganda lebih buruk! Kesannya, kita akan ditemukan dengan situasi buruk yang membuat idup kita susah, buruk jadinya.

Tetapi, kita buat baik pada orang, perbuatan kita akan dibalas dua kali ganda juga, mungkin suplo kali ganda lebih bagus juga! Kesannya, kita akan ditemukan dengan situasi baik yang membuat hidup kita jadi senang, jadi baik. Hebat dan bagus. Dari situlah kita muncul cemerlang dalam pelajaran, pekerjaan atau perniagaan kita. Sebab itulah orang-orang berjaya, orang-orang cemerlang semuanya orang baik-baik.

Kan hidup jadi lebih lancar, lebih tenang bila kita selalu buat baik, fikir baik-baik dengan semua orang? Sebab apa kita selalu memikir yang buruk-buruk, yang negatif pada orang? Untuk apa dan apa hasilnya?

Walaupun orang boleh buat buruk pada kita jika kita buat baik sentiasa, namun kita tidak akan rugi apa-apa (walaupun sebenarnya kita boleh rugi berjuta-juta bila orang tipu kita). Dalam jangka masa panjang, kita akan makin cemerlang, makin bahagia dan makin tenang. Kesannya selepas itu, kita akan ceria dan gembira, termasuk makin seronok bekerja.

Walapun Anda pernah jatuh sekali, tapi bila Anda menten selalu fikir baik-baik, berperangai yang baik-baik, Anda akan GO UP berkali-kali.

Hidup kita ni penuh dengan pelbagai keajaiban yang akan membawa kepada pelbagai kebahagiaan. Kita akan jumpa semua tu bila kita start buat baik pada orang, berfikiran baik-baik, berkata yang baik-baik, sebaik mungkin yang pernah kita pernah buat sepanjang hidup kita


http://www.imotivasi.com/kata-kata-motivasi-38/