Allah tidak mengubah nasib hambanya, melainkan hambanya sendiri mengubah nasibnya melalui usaha & tawakal"
Followers
About Me
- Nur Farhana
- Melaka, Melaka Tengah, Malaysia
- Assalamulaikum kepada pembaca blog sy ini..nama ku di beri cukup dengan makna yang tersirat dan di lahirkan di Pontian, Johor tapi skrg menetap di Melaka... allhamdullilah telah pun tamat belajar dan kini sy telah menyambung pengajian sy yg seterusnya & insyallah selagi kudrat masih lagi akan ku teruskan perjuangan menunutut ilmu selagi sy masih bernafas di muka bumi Allah ini...prinsip sy selagi sy di beri kesempatan dng kudrat yg sy ada, perjuagan tidak akan selesai..sy akan cube mencari ilmu yg ada kat dunia ini yg belom sy terokai..gagal sekali tidak bermakna gagal tuk selamanya..yg penting tidak kenal erti putus asa
Thursday, April 28, 2011
Merdeka !!!
Tuesday, April 26, 2011
Awak Tak Rimas ke ?
Saturday, April 9, 2011
Sikap & Tabiat Manusia
Friday, April 8, 2011
Malam Pertama
Salam mesra kepada semua, sedikit tazkirah ringkas dalam blog saya ini untuk memperingati kepada diri saya dan semua akan azab kubur yang amat pedih dan dahsyat. Suatu azab yang cukup hebat kepada hambanya yang melakukan maksiat dan dosa. Azab kubur merupakan intro sebelum menempuh azab neraka kepada orang yang menderhakai Allah dan RasulNya.
Tanpa iman dan takwa, segala rahmat Allah akan terputus bila keluarnya nyawa dari tubuh kita. Orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa ada kehidupan yang abadi dan lebih sempurna selepas kehidupan di dunia ini. Kehidupan inilah menjadi fokus utama orang-orang yang beriman.
Kerana itulah, persoalan akidah merupakan perkara yang paling asas dalam Islam. Islam diibaratkan sebagai bangunan, manakala akidah pula diibaratkan sebagai asas atau tapak kepada binaan tersebut. Jika rosak akidah seseorang maka rosaklah semua amalan yang dibina diatasnya. Atas dasar inilah Rasulullah SAW memulakan dakwahnya dengan persoalan akidah sebelum mengajar tentang hukum syariat Islam.
Walaupun Islam menganjurkan penggunaan akal fikiran namun dalam pembahasan akidah peranan akal wajib dibatasi. Apalagi persoalan akidah banyak berkait dengan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu dicapai oleh akal manusia yang sangat terbatas.
Istilah “kubur” hanyalah berdasarkan kebiasaan setiap manusia yang meninggal dunia akan dikuburkan. Adakah setiap manusia mesti ada kubur jika mereka meninggal dunia?. Sudah pasti tidak, kerana kadang-kadang terdapat manusia yang tidak diketahui di mana kuburnya, seperti orang yang mati dimakan binatang buas, mati terbakar hangus, mati hancur berkecai jasadnya kerana kemalangan, mati hilang di laut dan sebagainya.
Namun menurut keyakinan ahli sunnah wal jamaah setiap manusia yang mati tetap akan berada di alam kubur atau di alam barzakh iaitu alam di antara alam dunia dengan alam akhirat.
Menurut kamus Lisanul Arabi oleh Ibni Manzur, makna alam barzakh ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pembatas antara dua benda sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.
Banyak perkara di dunia ini yang kita tidak dapat saksikan dengan mata kasar tetapi kita tetap meyakini kewujudannya. Contohnya beberapa orang yang tidur nyenyak di atas satu hamparan. Ada di antara mereka bermimpi indah dan ketika ia bangun, jasadnya merasai nikmat yang dirasakan oleh rohnya ketika bermimpi. Demikian sebaliknya, orang yang bermimpi buruk dan mengerikan, bukan sahaja rohnya terseksa tetapi badannya juga rasa terseksa. Sedangkan mereka yang tidur berhampiran pula tidak mengetahui apa yang dirasakan oleh rakannya. Jika perkara seperti inipun diakui hakikat kewujudannya maka demikianlah dengan alam barzakh, malahan alam barzakh lebih hebat dari itu.
Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita imani dan yakini kewujudannya walaupun ia tidak dapat dibuktikan secara nyata tetapi ia termasuk dalam perkara “sam’iyyat” yang wajib kita yakini. Kerana Rasulullah SAW memerintahkan agar kita berlindung dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”
Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat nanti. Sabda Rasulullah yang bermaksud :
“Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Pernahkah kita terfikir bagaimana bentuk azab atau nikmat kubur?. Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Apabila salah seorang di antara kamu mati, akan ditunjukkan kepada-Nya setiap pagi dan petang tempat tinggalnya. Bila ia penghuni syurga, akan ditunjukkan kepada-Nya kenikmatan syurga, dan bila ia penghuni neraka, akan ditunjukkan kepada-Nya keazaban neraka. Lalu dikatakan kepada mereka : “itulah tempat tinggalmu, sampailah Allah membangkitkanmu pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis tersebut nyatalah bahawa azab dan nikmat kubur pasti akan terjadi. Bagi mereka yang mempunyai keimanan yang mantap, ilmu Agama yang cukup, yakin akan kudrat dan kuasa Allah yang tiada tandingannya pasti akan yakin dengan adanya siksaan dan nikmat kubur. Hanya orang yang jahil dan sesat serta suka mendustakan Rasulullah SAW akan meragui dan mengingkari adanya azab kubur.
Sebenarnya di dalam Al-Quran terdapat lebih kurang 300 ayat yang menyatakan tentang kematian dan keadaan-keadaan kehidupan selepas daripada mati seperti di alam barzakh dan di akhirat. Nas-nas Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah saw menerangkan bahawa roh itu kekal, ada roh yang mendapat nikmat kerana amalannya di dunia dahulu baik dan ada roh yang terseksa lantaran amalannya di dunia dahulu jahat.
Atas sebab itulah, gambaran tentang azab seksa dan nikmat kubur wajib kita imani dan yakini. Apa lagi hadis-hadis yang menerangkan tentang azab seksa dan nikmat kubur sebagaimana yang dinyatakan adalah hadis sahih dan kuat darjatnya.
Apabila kita mengingati tentang kewujudan azab yang ditanggung selepas mati oleh orang-orang yang derhaka kepada Allah, maka kita terasa gementar kerana takut akan azab Allah yang menggerunkan dan insyaAllah akan mendekatkan diri kita kepada-Nya.
Justeru, kita boleh kasihkan harta tapi tidak lupakan soal hisab, kita boleh kasihkan rumah tapi tidak lupakan soal kubur, kita boleh kasihkan hidup tapi tidak lupakan soal maut, kita boleh kasihkan dunia tapi tidak lupakan soal akhirat.
Untuk itu, tidak ada jalan pintas melainkan kita wajib mematuhi segala yang diperintahkan Allah sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Patuh segala perintah Allah adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah dan menjadi kekasihnya.
Dengan mengingati azab kubur juga insyaAllah kita akan menjadi semakin takut untuk meninggalkan solat, meninggalkan puasa, tidak mengeluarkan zakat, merosakkan harta awam, melanggar batas-batas hukum syariat dan sebagainya. Dengan yang demikian akan memberi rangsangan kepada kita ke arah melakukan kebaikan yang sangat dituntut oleh Islam. Firman Allah yang bermaksud :
“(Iaitu) orang-orang yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab api neraka.”(Surah Ali-Imran ayat : 16) http://www.ustaznoramin.com
Tuesday, April 5, 2011
Debaran Hati
Saturday, April 2, 2011
Formula Kebahagiaan
Firman Allah swt dalam surah al-Ra’d ayat 28: “Orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang”.
Dalam ayat ini, Allah swt menegaskan hati itu menjadi tenang dan tenteram apabila bersandar kepada Allah swt, mengingati Allah swt dan redha menjadikan Allah swt sebagai pelindung dan penolong. Iman merupakan faktor utama yang memberikan kebahagiaan dan ketenangan kepada jiwa manusia (al-Mukminun 23: 1).
Tanpa keimanan seseorang itu tidak mungkin mencapai dan bertemu dengan kebahagiaan yang sebenar dan hakiki (Yunus 10: 17). Ketenteraman, kedamaian, kepuasan dan ketenangan jiwa hanya dirasai oleh orang-orang yang beriman, yang menyerahkan seluruh kehidupan, jiwa dan raganya kepada Allah swt.
Mereka inilah yang layak mendapat sakinah dalam kehidupan mereka sebagaimana yang dijanjikan Allah swt kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman (al-Fath 48: 26). Jaminan kebahagiaan dan ketenteraman hidup terhadap orang-orang yang beriman berterusan selagi mana mereka tidak menodai iman mereka dengan kezaliman, khianat dan maksiat (al-An’am 6: 82).
Kenikmatan ruhi dikecapi oleh orang yang beriman melalui sifat tenang dan kegembiraan hatinya daripada segala sifat keluh-kesah dan penderitaan. Ini bukan bermakna, orang beriman tidak diuji oleh Allah swt dengan kesusahan, kepayahan, masalah rumah tangga, kehilangan harta benda dan nyawa, kemewahan dan keselesaan hidup dan sebagainya.
Namun orang-orang yang beriman melihat masalah dan problematika kehidupan itu bersifat sementara dan menyedari bahawa ia adalah ujian Allah swt ke atas mereka agar mereka lebih beriman dan berserah diri kepadaNya.
Sebab itulah Rasulullah saw begitu mengkagumi sifat-sifat orang-orang yang beriman apabila mereka ditimpa kesusahan mereka bersabar, tetapi apabila mereka diberi nikmat mereka bersyukur. Sifat sabar dan syukur ini hanya ada pada orang yang beriman.
Ketenangan jiwa adalah formula hidup bahagia. Iman adalah mutiara kebahagiaan yang dirasakan sebagai nikmat yang paling agung dalam kehidupan seorang muslim. Kebahagiaan seorang muslim ialah apabila dia berjaya menjadikan iman dan takwanya berada dalam kedua-dua alam iaitu alam dunia dan alam akhirat (Yunus 10: 62-64).
Jiwa yang beriman akan membina keluarga yang beriman seterusnya masyarakat yang beriman. Kesejahteraan negara hanya mungkin dapat dilaksanakan sekiranya kita berjaya membina masyarakat yang sejahtera dengan prinsip-prinsip keimanan yang jelas dan padu (al-A’raf 7: 96).
Ustazah Norsaleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita ISMA
Blog: The Sweetness of a Partnership
Usaha membetul diri
Terdapat tiga asas akhlaq yang akan dapat memberi kepada manusia satu kekuatan bagi menghadapi sikap negatif di dalam diri seperti malas dan berterusan melaku kesilapan, juga kita kenalah ingat bahawa ketiga-tiga asas ini saling memberi kekuatan disiplin yang dapat membentuk akhlaq mulia manusia.
المشارطة
Musyarathah: Kamu meletakkan janji atau syarat yang tertentu di antara kamu dengan diri kamu atau kamu dengan Allah s.w.t. Seperti jika saya tidak sembahyang subuh berjamaah di masjid saya akan menderma lima ringgit bagi setiap kali solat subuh.
المراقبة
Muraqabah: Kamu memantau dan menyemak pada diri kamu sendiri dan kamu akan menemui kecacatan, kekurangan dan ketempangan, seperti kamu dapat menghitung hari-hari yang telah kamu lambat menunai solat fardhu atau kamu solat bersendirian, tidak berjamaah atau kamu solat subuh qada.
المحاسبة
Muhasabah: Kamu berusaha membetulkan dan benar-benar melaksanakan perkara yang kamu telah tentukan kepada diri kamu di dalam musyaratah.
Demikian juga bagi seorang hamba yang beriman, sepatutnya ia sentiasa memuhasabah dirinya, menyemak tahap iltizamnya dengan agamanya sendiri, menilai dan menimbang amal-amalnya dan membetulkan di mana ada kekurangan dan kelompangan.
Tentulah tidak terjadinya pembetulan kepada manusia kecuali dengan adanya kertas kerja yang memuatkan objektifnya, sasarannya dan agendanya yang teratur, bagi ilmuan masa kini dikenali sebagai perancangan, bagi ilmuan terdahulu disebut sebagai al-Musyaratah.
Imam Ghazali Yang Dirahmati Allah s.w.t ada menyebut mengenai perkara ini: “Akal manusia memerlukan musyaratah diri terlebih dahulu, kemudian ia sentiasa menepati ketetapan yang telah digariskan, diletakkan syarat-syarat, membimbingnya kepada jalan kejayaan dan menjadikan ia lebih kuat pegangan di dalam melalui jalan itu”.
Ustaz Mahyudin bin Ismail
Ketua Biro Kebajikan
ISMA Johor
Sumber: Blog ISMA Johor